Microsoft Excel

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel kepada para peserta sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan asas Microsoft Excel kepada para peserta. Para peserta mempelajari cara membuat border, mengisi maklumat-maklumat diperlukan ke dalam Microsoft Excel, sorting nama dari A-Z dan juga belajar menganalisis data menggunakan formula COUNTIF dan COUNTIFS.

Selain itu, para peserta turut belajar cara-cara mengeluarkan carta pai dan carta bar dalam Microsoft Excel. Microsoft Excel banyak digunakan semasa berada di alam pekerjaan. Diharapkan kelas-kelas sebegini dapat menarik perhatian lebih ramai penduduk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali